Kemaafan Dipinta

Assalamualaikum wahai hamba Allah sekalian.... Alhamdulillah segala puji ku tujukan pada-Mu Tuhan Sekalian Alam..Blog yang baru disiapkan...
Semoga Allah Memberi Taufik dan Hidayah Kepada Anda:-
1. http://mujahid-frontline.blogspot.com

Semoga kita berada di bawah naungan-Nya....


Sambutlah Aidil Fitri Sebagai Hari Ibadah

      Hari raya adalah hari yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua orang sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa, lelaki mahupun perempuan, kaya ataupun miskin, di desa atau di kota. Semua orang pasti bergembira kerana meraikan kejayaan menunaikan kewajipan berpuasa.

     Hari raya dalam Islam sebenarnya bukanlah hanya semata-mata hari untuk bersuka ria bahkan hari raya merupakan hari ibadah yang diberi pahala jika disambut mengikut adab-adabnya.

     Adab-adab berhari raya dalam Islam telahpun diajarkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sunnah baginda. Sambutan dimulakan oleh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja terbenam matahari pada akhir Ramadhan. Ketika itu disunatkan bertakbir dan bertahmid, disunatkan juga kita banyak beribadah seperti menunaikan solat-solat sunat, bersedekah, bermaaf-maafan sesama kaum, keluarga, jiran tertangga dan sahabat handai.

     Pada pagi hari raya disunatkan mandi sunat hari raya. Kemudian berpakaian dengan pakaian yang terbaik yang kita miliki tetapi tidak semestinya baru. Makanlah terlebih dahulu sebelum ke masjid untuk Solat Sunat Hari Raya. Jangan lepaskan peluang untuk Solat Sunat Hari Raya kerana ia adalah salah satu solat sunat yang digalakkan berjemaah. Bahkan bagi perempuan yang uzur, digalakkan untuk bersama kaum muslimin yang lain ke perkarangan masjid bagi mendengar khutbah dan meraikan hari yang mulia ini.

     Ketika balik daripada Solat Sunat Hari Raya, disunatkan kita melalui jalan lain daripada jalan yang kita pergi. Ini bertujuan supaya kita dapat bertemu dengan rakan taulan dan bermaaf-maafan serta meghubungkan silaturrahim. Namun begitu, jangan pula bersalam-salaman dengan orang bukan mahram ketika bermaaf-maafan kerana perbuatan itu diharamkan oleh Islam. Peliharalah aurat dan pergaulan, sambutlah hari raya dengan berhemah, jangan membazir makanan dan jangan pula dilalaikan dengan hiburan yang melampau.

     Jika pergi berziarah atau bertamu di hari raya, pilihlah waktu-waktu yang sesuai atau sebagaimana yang diundang. Elakkan bertandang di rumah orang lama-lama dibimbangi ia akan mengganggu tuan rumah. Makanlah apa yang dihidangkan, janganlah membazir.

     Bagi pihak tuan rumah pula, hendaklah memuliakan tetamu yang datang, hormati tetamu dan pamerkan rasa gembira dengan kedatangan tetamu itu. Segerakan menghidangkan makanan kepada tetamu.

     Sewaktu hendak pulang, tetamu hendaklah meminta izin atau memberitahu tuan rumah, menunjukkan muka ceria sebagai tanda gembira dengan layanan tuan rumah. Sebaiknya tuan rumah hendaklah keluar mengiringi tetamu sampai ke pintu rumah dengan wajah gembira.

     Demikianlah antara adab-adab yang sepatutnya diamalkan sempena sambutan hari raya. Mudah-mudahan ianya akan menjadi amalan kita bersama. Sambutlah hari raya yang bakal menjelang tiba.


Ya Allah Bantulah Kami Beribadah Kepada-Mu


            Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan janji-janji Allah, bulan rahmat, bulan keampunan, bulan digandakan amal ibadat hingga 1,000 kali ganda dan bulan yang penuh berkat. Namun begitu, tidak semua orang yang berjaya memimpin dirinya untuk menyahut seruan beribadah kepada Allah.
           
            Ingatlah, bahawa manusia adalah milik Allah. Beriman adalah hidayah daripada Allah. Dapat melakukan amal ibadah adalah inayah (pertolongan) daripada Allah. Jika Allah bukakan pintu hati seseorang, akan mudahlah baginya melakukan kebaikan. Oleh itu, berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan kita untuk beribadah kepada-Nya.

            Nabi Muhammad s.a.w mengajar seorang sahabatnya supaya berdoa kepada Allah memohon kekuatan untuk beribadah. Inilah doa yang diajarkan oleh baginda yang bermaksud “Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperelok amal ibadah kepada-Mu.

            Ingatlah, bahawa Allah memberikan keinginan kepada kita untuk melakukan sesuatu kebaikan. Orang yang diberikan taufik dan hidayah akan mudah untuk melakukan amal ibadah, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan Al-Karim dengan tawaran yang hebat. Amalan sunat diberikan pahala seperti amalan fardhu. Betapa Allah Maha Pemurahnya Allah yang telah menjanjikan pahala yang cukup banyak, berlipat ganda untuk diraih oleh hamba-hamba-Nya.

            Tanpa bantuan dan hidayah daripada Allah, manusia tidak akan dapat tunduk kepada Allah walaupun hanya untuk sekali sujud. Oleh itu, seorang yang gagah perkasa, mampu berlari berpuluh-puluh kilometer tanpa henti, mampu bekerja siang dan malam belum tentu mampu untuk bangun di tengah malam bertahajjud mengabdikan diri kepada Allah. Semua kebaikan yang dilakukan oleh seorang hamba adalah inayah Allah.

            Orang yang tidak mahu beramal ibadah pada bulan Ramadhan akan menyesal di hari akhirat nanti. Mereka akan disibukkan oleh urusan duniawi sehingga meninggalkan peluang dan kesempatan beribadah walaupun di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kata Ibnu Muqaffa, “Orang yang akan menyesal adalah orang yang kehilangan kesempatan untuk beribadah.”  Mati sebelum sempat beramal.

            Keinginan untuk beribadah adalah anugerah daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih. Berdoalah agar kita termasuk dalam golongan orang yang dipilih sebagai ahli ibadah yang gigih serta dikurniakan halawatul ibadah seperti yang telah  diberikan kepada ahli ibadah terdahulu. Mereka menunggu-menunggu kehadiran Ramadhan untuk melipatgandakan ibadah. Apabila munculnya Ramadhan, mereka menunggu pula malam untuk bertahajjud dan bermunajat kepada Rabbul Jalil. Apabila muncul malam, mereka mencari-cari malam Laitul Qadar.

            Adakah anda bersama saya dalam usaha untuk melipatgandakan ibadah? Ayuh berubahlah demi Islam yang tercinta. 



Berpuasalah Seperti Yang Dikehendaki Allah

     Berpuasa bukanlah satu perkara yang asing bagi manusia. Sesetengah agama mengamalkan puasa yang amat berat sehingga berhari-hari lamanya. Sementara bagi agama lain pula, puasanya amat ringan. Ada yang hanya minum air, ada puasa daripada makan daging. Ringkasnya, masing-masing agama ada cara tersendiri ketika berpuasa.
     Bagi orang Islam, berpuasa bukanlah satu amalan atau adat. Berpuasa bukan kerana rutin bulanan atau tahunan. Berpuasa adalah satu ketentuan ibadah oleh Allah. Kita berpuasa untuk Allah dan hanyalah kerana Allah, sebagaimana niat kita pada malam hari, "Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan kerana Allah Taala". Jika begitu niat kita, maka wajiblah kita berpuasa seperti yang digariskan oleh Allah.
     Berpuasa bukanlah hanya menahan diri daripada makan dan minum, lapar dan dahaga atau menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa tetapi berpuasa hendaklah seperti yang dikehendaki Allah. Rasulullah s.a.w telah memberi ingatan kepada kita seperti yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i & Ibnu Majah:
        
         "Berapa orang yang berpuasa tetapi tiada apa yang diperolehi daripada puasanya itu kecuali hanya mendapat lapar dan dahaga."

     Maksudnya orang yang berpuasa itu tidak memperolehi sebarang ganjaran pahala daripada Allah kerana amalan yang dilakukan tidak seperti yang dikehendaki Allah. Bagaiman jika seorang pkerja yang mengambil upah daripada seorang majikan, tetapi tidak melakukan kerja itu seperti yang ditetapkan? Apakah pekerja itu akan dibayar upahnya? Tentulah pekerja itu tidak akan diberikan apa-apa upah. Demikianlah juga orang yang berpuasa tetapi bukan seperti yang dikehendaki oleh Allah. Justeru, bagi membolehkan kita mendapat ganjaran pahala puasa sebenar hendaklah kita turuti kriteria-kriteria berikut ketika berpuasa:
          1. Menahan diri daripada nafsu perut dan nafsu jantina.
          2. Menahan pancaindera seperti pendengaran, penglihatan dan anggota tubuh seperti kaki tangan daripada melakukan perkara yang haram.
          3. Menjaga lidah daripada berkata-kata yang sia-sia, berakap kotor, mencela, mencaci dan mengumpat.
          4. Memperbanyakkan ibadah khusus sama ada wajib ataupun yang sunat.
          5. Memperbanyakkan berbuat kebajikan (ibadah umum) seperti menolong orang dan bersedekah.
     Insya-Allah, jika kita berpuasa seperti yang dikehendaki Allah, kita bukan hanya akan mendapat ganjaran pahala bahkan akan mendapat dua kebahagiaan  iaitu kebahagiaan etika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Allah nanti. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah puasa kita walaupun banyak compang-campingnya. Amin....

No Compromise With Islam!!!

Ketika Mulut Dikunci Tangan dan Kaki Bersaksi II

Rasulullah s.a.w bersabda: Pada hari kiamat, manusia akan dihisab dengan diacu pada 3 orang, iaitu Yusuf a.s, Ayub a.s dan Sulaiman a.s. Saat itu datanglah seorang hamba lalu Allah bertanya "Apa yang membuat mu lupa pada-Ku?" Ia menjawab "Engkau menjadikan aku hamba, sehingga aku melupakan-Mu." Selanjutnya Allah mengundang Yusuf dan berkata "Yusuf adalah hamba seperti mu, tapi hal itu tidak menghalangnya untuk sentiasa beribadah kepada-Ku". Lalu Allah memerintahkan hamba tersebut masuk ke neraka. Kemudian, datanglah orang yang ditimpa musibah. Allah bertanya kepadanya "Mengapa kamu melupakan-Ku?" Ia menjawab "Musibah telah menjadikanku lupa pada-Mu." Selanjutnya Allah mengundang Ayub dan berkata "Aku telah menimpakan dugaan kepada Ayub malah lebih berat daripada yang menimpa mu. Tetapi hal itu tidak menjadikannya lupa pada-Ku." Lalu orang tersebut dimasukkan ke neraka. Selanjutnya,datanglah penguasa berserta kekayaannya yang melimpah ruah. Allah bertanya padanya "Mengapa kamu melupakan Aku?" Ia menjawab "Kerajaan (kekuasaan) telah menjadikanku melupakan-Mu." Kemudian Allah mengundang Sulaiman dan berkata "Aku telah memberi nikmat melimpah ruah kepada Sulaiman malahan lebih banyak dari nikmat yang Aku berikan padamu tapi ia tidak melupakan-Ku." Lalu orang itu dimasukkan ke dalam neraka.

Janganlah kamu semua menjadi seperti Firaun yang mengaku sebagai tuhan dan akhirnya dihancurkan Allah dengan hanya menghantar air laut....
Renungilah........
Bersama koreksi diri kita....

Ketika Mulut Dikunci Tangan dan Kaki Bersaksi...

Iman Al-Qurthubi r.a menyebutkan dalam kitabnya At-Tadzkirah mengenai sebuah hadith panjang yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. Ia mengatakan bahawa Rasulullah pernah menceritakan hal ini kepada para sahabat baginda:
                          "Allah s.w.t menghamparkan bumi dan membentangkannya, sehingga tidak terlihat permukaan bumi yang tinggi ataupun rendah. Kemudian terdengarlah teriakan sangat keras. Saat itu semua makhluk di bumi tidak mengalami perubahan tempat. Makhluk yang berada di perut bumi tetap berada di situ, sedangkan makhluk yang berada di muka bumi tetap berada di sana. Lalu Allah menurunkan air dari bawah Arasy yang dinamakan hayaman (air kehidupan). Yang menghujani manusia selama 40 hari sehingga ketinggian air mencapai 12 hasta. Selanjutnya, Allah memerintahkan semua jasad itu agar terus-menerus laksana sayur-sayuran hingga mencapai bentuk sempurna seperti bentuk sebelumnya. Saat itulah, Allah akan berfirman 'Hiduplah para pemikul Arasy, Jibril, Mikail dan Israfil!'. Setelah itu, Israfil diperintahkan oleh Allah untuk membawa Shur yakni sangkakala, lalu Allah meminta semua roh didatangkan kepada-Nya. Ketika itu, roh kaum muslimin bersinar sedangkan roh lainnya jelas keruh dan gelap gelita. Semua roh itu dikumpulkan dan ditempatkan dalam sur. Selanjutnya, Allah berfirman kepada Malaikat Israfil 'Tiuplah sangkakala kebangkitan!'. Maka Israfil pun meniup sangkakala itu, lalu keluarlah semua roh makhluk laksana lebah yang keluar dari sarangnya, dan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Saat itu Allah berfirman 'Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, kembalilah seluruh roh kepada jasadnya!'. Maka setiap roh di bumi akan memasuki jasadnya masing-masing, menyusup dalam hidung lalu terserap dalam badan, sebagaimana terserapnya racun di dalam tubuh yang terpatuk oleh ular berbisa. Akhirnya, bumi pun terbelah, lalu muncullah kamu dari perut bumi, sedangkan aku (Rasulullah) adalah orang yang pertama kali muncul. Ketika itu, kamu akan keluar dalam keadaan muda belia seperti berumur 33 tahun dan berbicara dalam bahasa Suryani (Bahasa Aramaic Timur atau bahasanya Nabi Isa). Kamu bergegas menuju Tuhanmu secara berbondong-bondong mengikuti suara yang menyeru dan orang-orang kafir akan mengatakan 'Inilah hari yang penuh kesulitan (Hari Kebangkitan)'. Saat itu Allah mengumpulkan mereka, dan tiada seorang pun yang ditinggalkan-Nya"...

Bersabarlah Demi Redha-Nya...



Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.



Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

    Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.

10 Peringatan Bumi Yang Fana


Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


Jerusalem Conquest

Conquest of Constantinople 1453

Sejarah Palestin dan Israel








Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnyaTemple of Solomon, iaitu kuil suci mereka. Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).


Sejarah
 Awal


Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.  Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut. Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia. Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.


Kedatangan
 Islam


Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah. Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan ‘fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades). Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.


Menawan
 Semula


Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan. Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang
 Dunia Pertama


Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur  diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan  manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam. Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.


Perpecahan
 Negara Arab


Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranyamenjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:

"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"

"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"

"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin. Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan  Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour. Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.


Kejatuhan
 Turki Uthmaniyyah


Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"

Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.


Holo
caust


Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh. Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.


Penglibatan
 Amerika Syarikat


Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan. Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.


Palestin
 Sekarang


Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.

Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti. Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan. 




Dipetik dari laman I Luv Islam.

Bangkitlah Kamu Dari Tidur Yang Lena...

Rasulullah s.a.w yang telah dijamin masuk syurga dan diampun segala dosa baginda yang lalu dan yang akan datang, namun tetap berqiamullail seolah-olah baginda tidak cukup masa untuk beribadah. Setiap detik di sepertiga malam itu amat rugi untuk disia-siakan. "Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi" yang sering kita dengar, tertanam di dalam kalbu. Ada di antara sahabat yang bengkak matanya sehingga seperti ada satu garisan di matanya lantaran  tangisan syahdu di sepertiga malam mengadu pada Yang Maha Esa, pasrah di atas segala urusan dan takdir. Demikianlah dasyatnya mereka beribadah dan taqarrubnya dengan Allah."

Kehidupan Terakhir



Harap Diambil Iktibar.......

Kerajaan Turki Uthmaniah

Ikhwan sekalian,ingatkah kita bahwa Madinah ialah negara Islam pertama?sistem sebagaimana masa kenabian yg mana pembukaan Kota Makkah dan menggegarkan negara besar seperti Rom dan Parsi diteruskan pada zaman Khulafa’ Arrashiddin yg mana membebaskan Iraq, Mesir dan Syam. Sistem Islam tidak berakhir pada pemerintahan Saidina Ali sahaja tetapi diteruskan pada Khalifah Bani Umayyah. Fuh,sungguh bangga kita umat Islam apabila mendengar cerita2 pada zaman ini di mana adanya pemimpin yg sungguh hebat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Di zaman ini juga Islam memayungi 2/3 dunia.Subhanallah…
Sekiranya Bani Umayyah terkenal dgn pembebasan bumi Islam, Bani Abbasiyyah pula terkenal dgn Tamadun Islam. Pendidikan,politik,ekonomi dan pelbagai aspek kita dapat pelajari pada zaman ini.Kemakmuran ekonomi dan budaya keilmuan berkembang mekar di kalangan umat.
Tampuk pemerintahan kemudiannya beralih kepada Turki Uthmaniyyah, yang terkenal dengan kecanggihan dan keteguhan dari segi ketenteraannya. Kemuncak kegemilangan ini diwarnai dengan pembukaan kota Constantinople seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw.
Persoalannya sekarang, bagaimana sebuah tamaddun – yang begitu kuat, berpengaruh serta makmur selama 13 abad – menjadi begitu mundur, tertindas, dan hina malah kebanyakannya tersenarai dalam negara dunia ketiga? Apakah sebenarnya yang menjadi punca segala kemunduran ini?
Ia boleh diketegorikan kpd dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran…
Faktor dalaman…
  1. Pengabaian Bahasa Arab – Hingga berakhirnya masa Khilafah Abbasiyah, Islamisasi selalu seiringan dengan “arabisasi”. Bahasa Arab klasik sebagai bahasa Qur’an, menjadi bahasa internasional, bahasa silaturahmi ummat Islam, dan bahasa ilmu pengetahuan. Namun, pada masa Khilafah Utsmaniyah, tradisi itu ditinggalkan, konon agar Islam lebih mudah “diserap” tanpa barier bahasa Arab. Akibatnya di negeri-negeri yang belum berbahasa Arab, bahasa Arab menjadi “hak istimewa” selapis kecil elit terpelajar saja, sedang bagi ummat, khazanah ilmu dalam bahasa Arab, menjadi tertutup.  Kitab-kitab Arab menjadi “kitab rahsia” yang suci dan kalimat-kalimat Arab hanya menjadi mentera-mentera sakti (e.g. dalam aktiviti menghalau hantu).
  2. Kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir – Ketika bahasa Arab terabaikan, ijtihad tidak bisa lagi dikerjakan dengan cukup, sedangkan setiap hari umat Islam berhadapan dengan benda-benda baru yang perlu penjelasan daripada syarak. Hanya melalui ijtihad sajalah perkara-perkara yang baru ini dapat dijelaskan kedudukan hukumnya. Sedangkan ijtihad hanya bisa dikerjakan dalam bahasa Arab klasik, agar seorang mujtahid bisa benar-benar memahami sumber-sumber syar’i.  Akibatnya, mundurnya proses ijtihad menyebabkan daya berfikir umat Islam juga mundur. Contohnya, ketika era kemunduran ini, sesetengah ulama mengharamkan penggunaan ‘speaker dan microphone’ yang dicipta di Barat kerana menganggap suara yang keluar daripadanya ialah suara syaitan. Kemunduran daya berfikir umat Islam telah membawa umat tertinggal jauh di belakang daripada Barat dalam aspek sains dan teknologi sehingga Dunia Islam dikejutkan dengan Revolusi Industri di Barat.
  3. Kemasukan pemikiran-pemikiran asing – sejajar dengan berkembangnya sempadan Islam, umat telah bertembung dengan pemikiran masyarakat setempat seperti falsafah Yunani, Mesir, Parsi dan India. Masyarakat Islam setempat itu tidak membuangkan falsafah-falsafah ini daripada pemikiran mereka malah meng’Islam’kan falsafah ini sehingga fikrah Islam dicemari dan bercampur-campur dengan pemikiran bukan Islam. Akhirnya, fikrah-fikrah Islam pada diri umat Islam sudah manjadi semakin kabur dan lemah (e.g. hak kebebasan, majoriti sebagai tolok ukur kebenaran, persandingan pengantin, kenduri arwah pada hari tertentu, ayat al-Quran sebagai azimat untuk melawan hantu dan sebagai ayat pengasih dll).
  4. Perpecahan di kalangan umat Islam– disebabkan sempadan Daulah Islam ketika empayar Islam Uthmaniyyah terlalu besar (1/3 dunia) sehingga khalifah tidak mampu mengawal kesemuanya dengan teknologi yang ada pada ketika itu. Kekuasaan khalifah menjadi longgar dan muncul Sultan-sultan di setiap wilayah Islam (seperti Sultan di Arab Saudi, Jordan, Delhi). Kekuatan umat Islam mula tidak bersatu dan terpecah-pecah. Umat Islam pula memikirkan tanggungjawab mereka atas penderitaan ummat di wilayah lain tinggal hanyalah sebatas pada doa dan sedekah yang tidak seberapa. Ini memudahkan sentimen nasionalisme (e.g. Semangat Turki, KeAraban, India, dsb) mulai menyerap masuk di kalangan umat dan menyemarakkan lagi perpecahan dunia Islam. Akhirnya, wilayah-wilayah Islam merasakan mereka dijajah oleh Khalifah Turki kemudian memerdekakan (memisahkan) diri mereka daripada Daulah Islam.
Faktor luaran…
  1. Ancaman ketenteraan oleh musuh Islam khususnya Barat – daulah Islam sentiasa mempunyai musuh daripada pihak kufar. Negara-negara Kufar seperti Rusia, Britain dan Perancis adalah musuh ketat Daulah Islam Turki. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengalahkan kuasa Islam. Mereka sentiasa berperang dengan umat Islam mulai Perang Salib sehingga Perang Dunia Pertama di mana kekalahan Daulah Islam Turki mengakibatkan wilayah-wilayah Islam dipecah-pecahkan dan diserahkan kepada mereka.
  2. Konspirasi politik dan kebudayaan – Setelah gagal melalui Perang Salib, musuh Islam menyerang dari segi politik dan kebudayaan. Misionari telah dihantar ke dalam Daulah untuk menyebarkan idea-idea asing serta sentimen nasionalisme. Idea sekular pula disuntik melalui golongan yang menerima pendidikan Barat. Gerakan Freemason juga bergiat gigih dalam menjatuhkan Daulah daripada dalam. Agen-agen Barat seperti Midhat Pasha dan Kamal Attarturk telah menyelinap masuk ke dalam pentadbiran Khilafah dan diberi jawatan-jawatan penting seperti Ketua Menteri (Midhat Pasha) dan Kolonel Tentera (Kamal Attarturk). Agen-agen ini berpakat dengan Barat terutama Britain memaksa Khalifah menerima pakai perlembagaan dan undang-undang sekular dan membuang hukum-hukum Islam termasuk hudud.
  3. Kebangkitan puak Nasionalis dan Sekular – Kaum Muda Turki berjaya menyebarkan pengaruh mereka. Di samping itu, pengaruh Kemal Atarturk juga memainkan peranan. Dengan bantuan British, Kemal berjaya menjadi ’hero’ Perang Dunia Pertama dan meraih sokongan umat. Dalam masa yang sama, British juga membantu pejuang Nasionalis Arab pimpinan Syarif Hussain memberontak terhadap Turki Uthmaniyah.
Kita selalu diceritakan bahawa Kejatuhan Daulah Islam Turki disebabkan umat Islam terlalu jauh dengan Islam, pentadbiran Daulah dipenuhi dengan rasuah dan korupsi dan Khalifah suka berfoya-foya. Apakah ini benar? Adakah begitu mudah Daulah Islamiyyah Turki ditukar dengan Republik Turki? Apakah sebenarnya terjadi ketika kejatuhan Daulah Islam Turki Uthmaniyyah sehingga berlakunya revolusi kemudian ia menjadi Republik Turki?
Detik-detik kejatuhan Khilafah Turki-Uthmaniyyah.
Walaupun Dunia Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti yang dijelaskan tadi, tetapi umat Islam masih meyakini bahawa syariah Islam adalah sebagai teras kehidupan, Khilafah ialah sistem negara Islam dan Khalifah sebagai ketua negara. Jadi, mereka mestilah mempertahankan Khilafah Islam sebagai negara mereka. Kejatuhan negara Islam ini berpunca daripada konspirasi Barat melalui agen-agennya yang beragama Islam tetapi berpegang teguh kepada pemikiran Sekular Barat. Pada akhir abad ke-19, sekitar 1870an, Midhat Pasha pada ketika itu sebagai ’Grand Vazier’ (seperti ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem Demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah Islam mesti diketepikan. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Sultan Abdul Hamed II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamed pada 1908 melalui konspirasi politik,  ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama juga telah mengeluarkan fatwa memboleh menerima undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah bertambah lemah, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat bukan hukum-hukum Allah lagi. Walau bagaimanapun, institusi Khilafah masih wujud lagi pada ketika ini.
Kemudian, pada 1915, muncul nama Mustapha Kamal Beik (Mustapa Kamal Attarturk) di Turki. Kamal hanyalah merupakan pegawai tentera yang biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta pimpinannya, ketika itu dia merupakan Kolonel yang memimpin satu division ketenteraan, Turki sedang berperang dengan British iaitu sebuah kuasa tentera yang sangat besar. Dalam senyap, Kamal telah berpakat dengan British, kemudian British telah mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situ pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya, Gerakan Turki Muda menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki. Sejak itu, Mustapa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi perjanjian damai dengan musuh Islam dibuatnya. Dan perjanjian-perjanjian tersebut hanya berpihak kepada musuh Islam misalnya Kamal telah mengundurkan tentera di Syria ketika berhadapan dengan British, selepas itu British menguasai Syria.
Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah Islam ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan negara Turki-Uthmaniyyah sebagai negara Islam dan meruntuhkan sistem Khilafah (dalam bahasa Inggeris : Caliphate). Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniup semangat patriotisme dan nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Turki-Uthmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan negara Islam. Negara Turki-Uthmaniyyah yang besar itu kemudian dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negera-negara kecil lain dan Barat memerintah ke atas negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah ’(divide and rule). Setelah kesatuan umat Islam sudah melemah, target seterusnya ialah Turki dan Institusi Khilafah. Selepas Perang Dunia Pertama, 1921, di mana Turki telah kalah, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki iaitu pusat pemerintahan Dunia Islam demi memusnahkan seluruhnya kerajaan Islam. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinanan General Harrington mengawal keadaan politik di Istanbul.
Mustapa Kamal Attartuk dan Gerakan Turki Muda dengan bantuan British telah mengadakan beberapa siri pemberontakan untuk memerdekakan Turki daripada Kerajaan Islam. General Harrington bekerjasama dengan Mustapa Kamal untuk menggulingkan Khalifah. Pada November 1922, Perhimpunan Kebangsaan atau National Assembly (seperti Majlis Syura’) di bawah pengaruh Mustapa Kamal pada mulanya cuba mengorak langkah untuk meruntuhkan Khilafah Islam. Mustapa Kamal memberi cadangan supaya memisahkan Sultan/Khalifah daripada Khilafah, dan kemudian memecat Khalifah. Perhimpunan Kebangsaan(PK) tidak memutuskan sendiri tetapi merujuk cadangan tersebut kepada sebuah suruhanjaya yang terdiri daripada para peguam dan ulama’. Setelah suruhanjaya berbincang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka mendapati Khilafah tidak boleh diruntuhkan kerana ia merupakan pusat kehidupan umat Islam. Maka, suruhanjaya itu tidak setuju dengan cadangan Kamal dan menolaknya. Ketika itu, Kamal yang turut hadir pada perbincangan antara suruhanjaya dan Perhimpunan Kebangsaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus berdiri di atas kerusi seraya berkata ”…. Sultan mesti dipisahkan daripada Khilafah dan dipecat. Ini pasti akan berlaku pada kamu sama ada kamu suka atau tidak atau kepala-kepala kamu akan dipenggal!”.Kenyataan ini menakutkan ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan, ditambah lagi semua pengawal-pengawal yang mengiringi Kamal membawa senjata. Akhirnya PK perlu membuat keputusan melalui pengundian, tetapi Kamal telah menggunakan taktik kotor dan memutuskan bahawa PK telah bersetuju untuk memecat Khalifah, membubarkan sistem Khilafah, menjadikan Turki negara Republik dan dia sebagai Presidennya; walaupun hakikatnya majoriti tidak bersetuju. Ahli-ahli PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi Kamal tidak mempedulikannya. British telah membekalkan senjata kepada pengikut-pengikut Mustapa Kamal untuk menentang sesiapa yang masih setia kepada Khilafah. Semua ahli politik dan ulama’ diberi amaran untuk dibunuh jika cuba menyokong Khilafah.
Pada pagi 3 Mac 1924, Perhimpunan Agung Kebangsaan telah mengumumkan pembubaran Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal Attartuk telah memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majed hendaklah meninggalkan Turki sebelum subuh. Kamal bersama polis dan tentera berhimpun di  istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan membawanya ke Switzerland. Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah tercapai. Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki. Pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki. Lord Curzon, Perdana Menteri British pada masa itu berkata, ”…Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah musnahkan kekuatan spiritualnya: Khilafah dan Islam. Begitulah secara ringkasnya bagaimana Khilafah Islam Turki-Uthmaniyyah diruntuhkan.
Wahai kaum muslimin!
Islam pasti akan bangkit… "Dipetik Dari Hilmi's Blog"
ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»
………… Kemudian  akan (muncul) masanya ke-Khilafahan (yang bersandar pada manhaj Nabi.(riwayat Ahmad

Mustafa Kamal Attartuk

Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”. Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda.
Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami.”
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.
Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.
Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).
"Dipetik dari Hilmi's Blog"

Gaya Hidup Moden Remaja Islam (STMJ)

Definisi


Saya akan mendefinisikannya per 2 kata terlebih dahulu.
  1. Solat Terus, maksudnya adalah si pelaku S T M J ini melakukan solat terus secara teratur dan dikerjakan 5 waktu, dengan kata lain si pelaku S T M J ini rajin solat
  2. Maksiat Jalan, maksudnya adalah si pelaku S T M J ini melakukan perbuatan maksiat secara teratur dan terus berjalan
Sekarang saya akan mendefinisikannya secara utuh tapi singkat
Solat Terus, Maksiat Jalan, maksudnya adalah si pelaku S T M J ini rajin solat, tetapi tetap menjalankan perbuatan maksiat secara konsisten.
Fakta di lapangan
Yah fakta di lapangan menunjukkan bahwa banyak remaja Islam di masa moden ini telah menjadi pelaku S T M J.
Secara jujur saya juga mengakui bahwa dulu saya adalah pelaku S T M J juga, tapi Alhamdulillah sekarang saya sudah meninggalkannya dan bertaubat. :)
Saya tidak akan mengambil contoh jauh-jauh, saya mengambil contoh teman-teman sekolah saya.
Ya saya banyak melihat pelaku S T M J ini yang berkeliaran di sekolah saya.
Sebut saja si A dan si B, mereka adalah sepasang kekasih. Saya pernah melihat mereka berada dalam bilik warnet berduaan. Kemudian di lain hari di sekolah saat solat zohor di Masjid sekolah, saya melihat si A solat dengan khusyuknya dan setelah dia selesai solat dia lalu berdoa dengan khusyuknya juga. Begitu juga dengan si B, setahu saya dia dari keluarga baik-baik dan solatnya pun rajin. Nah di lain hari lagi, saya melihat mereka berduaan di bilik warnet lagi dan tiap hari mereka mojok berduaan di sekolah! Masya Allah!
Dan masih ada banyak contoh lainnya, si C, si D, si E, dll. Mereka itu anak-anak yang rajin solat tapi saya sering melihat mereka mojok dengan mesranya, sambil pegangan tangan, rangkulan. Bahkan menurut cerita dari sumbernya langsung, beberapa dari mereka kalau di tempat sepi berciuman dan saling raba! Dan mereka itu tetap rajin dalam mengerjakan solat.
Kasus lain, yaitu banyak diantara teman-teman saya yang rajin solat, bahkan rajin ke Masjid tapi rajin nonton bokep juga!
Lalu kasus terakhir, ada teman saya yang rajin solat juga, rumahnya di belakang Masjid jadi otomatis dia rajin ke Masjid, tapi hobinya nyolong!
Kenapa bisa terjadi?
Yah, kenapa ini bisa terjadi? Padahal kan dalam Al Quran surat Al ‘Ankabuut ayat 45 Allah berfirman:
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Saya pernah menanyakan hal ini pada seorang kyai saat pengajian di sekolah, dan jawaban beliau adalah: “orang yang mengerjakan solat tetapi solatnya belum dapat mencegahnya dari perbuatan maksiat bererti solatnya itu belum benar dan hendaklah dia memperbaiki solatnya, karena kalau solatnya sudah benar dan dia sudah benar-benar memahami makna solat maka Insya Allah dia akan berhenti dari melakukan perbuatan maksiat.”
Jadi?
Perilaku S T M J yang menimpa remaja muslim ini harus segera dihentikan, yaitu dengan jalan memperbaiki kualiti solat kita masing-masing.
Apabila perilaku S T M J ini tumbuh subur di kalangan remaja Islam, tentunya ini sangat berbahaya dan dapat mengakibatkan kehancuran Islam.
Sebagai penutup, semoga Allah selalu memberikan petunjuk kepada kita semua, Amin.
[ Dipetik dan diubahsuai daripada sebuah blog indon kepunyaan maxbreaker(nama pemilik)]

Kita Makhluk Mulia

     Kalau ada orang bertanya kepada anda dari manakah asal usul anda, apakah yang biasa anda jawab? "Saya asal orang Machang, tapi sekarang duduk di Kuala Terengganu." "Mak ayah saya orang Melayu."
     Itulah jawapan yang biasanya dilafazkan. Asal-usul keturunan. Tapi bukan itu jawapan yang kita mahu kali ini. Persoalan yang kita mahu kupas sekarang ini. Tetapi kita ingin merasakan kehidupan itu sebenarnya satu anugerah yang sangat agung daripada Allah dengan merenung semula penciptaan kita, daripada apa kita diciptakan dan siapakah pencipta kita?
     Secara ringkasnya, kita hendak mengetahui dari mana kita datang. Mari kita bersama-sama menghayati firman-firman Allah s.w.t yang menceritakan kejadian kita:
     "Dan sesungguhnya, Kami mencipta manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah." (Al-Mukminun:12) 
     "Kemudian Kami menjadikannya daripada nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim)." (Al-Mukminun:13)
     "Kemudian air mani itu Kami jadikannya sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikannya segumpal darh, dan daripada segumpal darah itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta." (Al-Mukminun:14)"
     Subhanallah, memang benarlah Allah itu sebaik-baik Pencipta. Lihatlah kita sekarang,boleh berjalan, bercakap, berfikir, melihat, melakukan pelbagai perkara dan mempunyai perasaan. Allah menjadikan kita hanyalah dari setitik air mani yang bergabung dengan ovum kepada manusia seperti yang wujud sejak zaman dahulu hingga hari ini. AJAIB BUKAN? Siapakah yang dapat melakukan sedemikian selain Allah, Pencipta Yang Maha Agung!
     Terjawablah persoalan kita tadi iaitu dari mana kita datang. Jawabannya hanya satu,KITA DATANG DARIPADA ALLAH. Malah kita datang tidak kosong sahaja. Allah tidak menciptakan kita dengan sambil lewa. Tersusun, teratur dan berperingkat.
     Kenyataannya kita datang daripada Allah. Nak tahu tak? Kampung sebenar kita adalah syurga yang sangat indah kerana Nabi Adam yakni bapa kita yang pertama datang dari syurga seterusnya turun ke Bumi.
    "Dan (ingatlah) ketika kami berkata kepada para malaikat,sujudlah kamu kepada Adam,mereka semua bersujud, kecuali iblis yang membantah." (Taha:116)
     Itu tanda mulia dan istimewanya kita.
     Marilah kita menggerakkan akal dan duduk berfikir sebentar,apakah matlamat kita didatangkan dengan kedatangan yang penuh istimewa ini. Adakah kedatangan kita hanya untuk BERMAIN-MAIN sahaja?

     MUHASABAHLAH....
'Dipetik dan diolah dari buku berjudul Langit Ilahi karangan Hilal Asyraf'
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 Unity of Muslim |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.