Judi bukan setakat mencuba nasib dengan membaling buah dadu atau bermain terup, malah permainan sabung ayam, nombor ekor dan judi bola turut menjadi kegilaan ramai. Apabila fikiran pemain lebih fokus kepada judi semata-mata, maka sikap rasionalnya pada persekitaran akan turut berubah. Mereka dianggap 'berani tidak kena tempat' kerana mempertaruhkan untung nasibnya sendiri tanpa merujuk kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Menang sorak untuk diri sendiri tetapi iman tergadai kerana lupa diri. Apakah erti kekayaan jika hati belum tentu bahagia di dunia dan akhirat?
Ikuti kupasannya dalam tabloid iLuvislam edisi ke-18!
Selain ulasan berkenaan judi, pelbagai bahan menarik disajikan dalam keluaran kali ini.
Antaranya termasuklah:
- Kisah wira negara yang memanjat Gunung Everest : Qobin @ Muqarrabin
- Ke mana akhirnya derma ikhlas anda?
- Kembara iman ke Sweden
- Kegawatan gula : Baik dan buruknya?
Pelaburan RM 2 anda pasti berbaloi-baloi!
0 comments:
Post a Comment