Bangkitlah Kamu Dari Tidur Yang Lena...
Rasulullah s.a.w yang telah dijamin masuk syurga dan diampun segala dosa baginda yang lalu dan yang akan datang, namun tetap berqiamullail seolah-olah baginda tidak cukup masa untuk beribadah. Setiap detik di sepertiga malam itu amat rugi untuk disia-siakan. "Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi" yang sering kita dengar, tertanam di dalam kalbu. Ada di antara sahabat yang bengkak matanya sehingga seperti ada satu garisan di matanya lantaran tangisan syahdu di sepertiga malam mengadu pada Yang Maha Esa, pasrah di atas segala urusan dan takdir. Demikianlah dasyatnya mereka beribadah dan taqarrubnya dengan Allah."
Kerajaan Turki Uthmaniah
Ikhwan sekalian,ingatkah kita bahwa Madinah ialah negara Islam pertama?sistem sebagaimana masa kenabian yg mana pembukaan Kota Makkah dan menggegarkan negara besar seperti Rom dan Parsi diteruskan pada zaman Khulafa’ Arrashiddin yg mana membebaskan Iraq, Mesir dan Syam. Sistem Islam tidak berakhir pada pemerintahan Saidina Ali sahaja tetapi diteruskan pada Khalifah Bani Umayyah. Fuh,sungguh bangga kita umat Islam apabila mendengar cerita2 pada zaman ini di mana adanya pemimpin yg sungguh hebat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Di zaman ini juga Islam memayungi 2/3 dunia.Subhanallah…
Sekiranya Bani Umayyah terkenal dgn pembebasan bumi Islam, Bani Abbasiyyah pula terkenal dgn Tamadun Islam. Pendidikan,politik,ekonomi dan pelbagai aspek kita dapat pelajari pada zaman ini.Kemakmuran ekonomi dan budaya keilmuan berkembang mekar di kalangan umat.
Tampuk pemerintahan kemudiannya beralih kepada Turki Uthmaniyyah, yang terkenal dengan kecanggihan dan keteguhan dari segi ketenteraannya. Kemuncak kegemilangan ini diwarnai dengan pembukaan kota Constantinople seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw.
Persoalannya sekarang, bagaimana sebuah tamaddun – yang begitu kuat, berpengaruh serta makmur selama 13 abad – menjadi begitu mundur, tertindas, dan hina malah kebanyakannya tersenarai dalam negara dunia ketiga? Apakah sebenarnya yang menjadi punca segala kemunduran ini?
Ia boleh diketegorikan kpd dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran…
Faktor dalaman…
- Pengabaian Bahasa Arab – Hingga berakhirnya masa Khilafah Abbasiyah, Islamisasi selalu seiringan dengan “arabisasi”. Bahasa Arab klasik sebagai bahasa Qur’an, menjadi bahasa internasional, bahasa silaturahmi ummat Islam, dan bahasa ilmu pengetahuan. Namun, pada masa Khilafah Utsmaniyah, tradisi itu ditinggalkan, konon agar Islam lebih mudah “diserap” tanpa barier bahasa Arab. Akibatnya di negeri-negeri yang belum berbahasa Arab, bahasa Arab menjadi “hak istimewa” selapis kecil elit terpelajar saja, sedang bagi ummat, khazanah ilmu dalam bahasa Arab, menjadi tertutup. Kitab-kitab Arab menjadi “kitab rahsia” yang suci dan kalimat-kalimat Arab hanya menjadi mentera-mentera sakti (e.g. dalam aktiviti menghalau hantu).
- Kurangnya ijtihad dan kemunduran daya berfikir – Ketika bahasa Arab terabaikan, ijtihad tidak bisa lagi dikerjakan dengan cukup, sedangkan setiap hari umat Islam berhadapan dengan benda-benda baru yang perlu penjelasan daripada syarak. Hanya melalui ijtihad sajalah perkara-perkara yang baru ini dapat dijelaskan kedudukan hukumnya. Sedangkan ijtihad hanya bisa dikerjakan dalam bahasa Arab klasik, agar seorang mujtahid bisa benar-benar memahami sumber-sumber syar’i. Akibatnya, mundurnya proses ijtihad menyebabkan daya berfikir umat Islam juga mundur. Contohnya, ketika era kemunduran ini, sesetengah ulama mengharamkan penggunaan ‘speaker dan microphone’ yang dicipta di Barat kerana menganggap suara yang keluar daripadanya ialah suara syaitan. Kemunduran daya berfikir umat Islam telah membawa umat tertinggal jauh di belakang daripada Barat dalam aspek sains dan teknologi sehingga Dunia Islam dikejutkan dengan Revolusi Industri di Barat.
- Kemasukan pemikiran-pemikiran asing – sejajar dengan berkembangnya sempadan Islam, umat telah bertembung dengan pemikiran masyarakat setempat seperti falsafah Yunani, Mesir, Parsi dan India. Masyarakat Islam setempat itu tidak membuangkan falsafah-falsafah ini daripada pemikiran mereka malah meng’Islam’kan falsafah ini sehingga fikrah Islam dicemari dan bercampur-campur dengan pemikiran bukan Islam. Akhirnya, fikrah-fikrah Islam pada diri umat Islam sudah manjadi semakin kabur dan lemah (e.g. hak kebebasan, majoriti sebagai tolok ukur kebenaran, persandingan pengantin, kenduri arwah pada hari tertentu, ayat al-Quran sebagai azimat untuk melawan hantu dan sebagai ayat pengasih dll).
- Perpecahan di kalangan umat Islam– disebabkan sempadan Daulah Islam ketika empayar Islam Uthmaniyyah terlalu besar (1/3 dunia) sehingga khalifah tidak mampu mengawal kesemuanya dengan teknologi yang ada pada ketika itu. Kekuasaan khalifah menjadi longgar dan muncul Sultan-sultan di setiap wilayah Islam (seperti Sultan di Arab Saudi, Jordan, Delhi). Kekuatan umat Islam mula tidak bersatu dan terpecah-pecah. Umat Islam pula memikirkan tanggungjawab mereka atas penderitaan ummat di wilayah lain tinggal hanyalah sebatas pada doa dan sedekah yang tidak seberapa. Ini memudahkan sentimen nasionalisme (e.g. Semangat Turki, KeAraban, India, dsb) mulai menyerap masuk di kalangan umat dan menyemarakkan lagi perpecahan dunia Islam. Akhirnya, wilayah-wilayah Islam merasakan mereka dijajah oleh Khalifah Turki kemudian memerdekakan (memisahkan) diri mereka daripada Daulah Islam.
Faktor luaran…
- Ancaman ketenteraan oleh musuh Islam khususnya Barat – daulah Islam sentiasa mempunyai musuh daripada pihak kufar. Negara-negara Kufar seperti Rusia, Britain dan Perancis adalah musuh ketat Daulah Islam Turki. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mengalahkan kuasa Islam. Mereka sentiasa berperang dengan umat Islam mulai Perang Salib sehingga Perang Dunia Pertama di mana kekalahan Daulah Islam Turki mengakibatkan wilayah-wilayah Islam dipecah-pecahkan dan diserahkan kepada mereka.
- Konspirasi politik dan kebudayaan – Setelah gagal melalui Perang Salib, musuh Islam menyerang dari segi politik dan kebudayaan. Misionari telah dihantar ke dalam Daulah untuk menyebarkan idea-idea asing serta sentimen nasionalisme. Idea sekular pula disuntik melalui golongan yang menerima pendidikan Barat. Gerakan Freemason juga bergiat gigih dalam menjatuhkan Daulah daripada dalam. Agen-agen Barat seperti Midhat Pasha dan Kamal Attarturk telah menyelinap masuk ke dalam pentadbiran Khilafah dan diberi jawatan-jawatan penting seperti Ketua Menteri (Midhat Pasha) dan Kolonel Tentera (Kamal Attarturk). Agen-agen ini berpakat dengan Barat terutama Britain memaksa Khalifah menerima pakai perlembagaan dan undang-undang sekular dan membuang hukum-hukum Islam termasuk hudud.
- Kebangkitan puak Nasionalis dan Sekular – Kaum Muda Turki berjaya menyebarkan pengaruh mereka. Di samping itu, pengaruh Kemal Atarturk juga memainkan peranan. Dengan bantuan British, Kemal berjaya menjadi ’hero’ Perang Dunia Pertama dan meraih sokongan umat. Dalam masa yang sama, British juga membantu pejuang Nasionalis Arab pimpinan Syarif Hussain memberontak terhadap Turki Uthmaniyah.
Kita selalu diceritakan bahawa Kejatuhan Daulah Islam Turki disebabkan umat Islam terlalu jauh dengan Islam, pentadbiran Daulah dipenuhi dengan rasuah dan korupsi dan Khalifah suka berfoya-foya. Apakah ini benar? Adakah begitu mudah Daulah Islamiyyah Turki ditukar dengan Republik Turki? Apakah sebenarnya terjadi ketika kejatuhan Daulah Islam Turki Uthmaniyyah sehingga berlakunya revolusi kemudian ia menjadi Republik Turki?
Detik-detik kejatuhan Khilafah Turki-Uthmaniyyah.
Walaupun Dunia Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti yang dijelaskan tadi, tetapi umat Islam masih meyakini bahawa syariah Islam adalah sebagai teras kehidupan, Khilafah ialah sistem negara Islam dan Khalifah sebagai ketua negara. Jadi, mereka mestilah mempertahankan Khilafah Islam sebagai negara mereka. Kejatuhan negara Islam ini berpunca daripada konspirasi Barat melalui agen-agennya yang beragama Islam tetapi berpegang teguh kepada pemikiran Sekular Barat. Pada akhir abad ke-19, sekitar 1870an, Midhat Pasha pada ketika itu sebagai ’Grand Vazier’ (seperti ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem Demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah Islam mesti diketepikan. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Sultan Abdul Hamed II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamed pada 1908 melalui konspirasi politik, ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama juga telah mengeluarkan fatwa memboleh menerima undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah bertambah lemah, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat bukan hukum-hukum Allah lagi. Walau bagaimanapun, institusi Khilafah masih wujud lagi pada ketika ini.
Kemudian, pada 1915, muncul nama Mustapha Kamal Beik (Mustapa Kamal Attarturk) di Turki. Kamal hanyalah merupakan pegawai tentera yang biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta pimpinannya, ketika itu dia merupakan Kolonel yang memimpin satu division ketenteraan, Turki sedang berperang dengan British iaitu sebuah kuasa tentera yang sangat besar. Dalam senyap, Kamal telah berpakat dengan British, kemudian British telah mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situ pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya, Gerakan Turki Muda menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki. Sejak itu, Mustapa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi perjanjian damai dengan musuh Islam dibuatnya. Dan perjanjian-perjanjian tersebut hanya berpihak kepada musuh Islam misalnya Kamal telah mengundurkan tentera di Syria ketika berhadapan dengan British, selepas itu British menguasai Syria.
Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah Islam ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan negara Turki-Uthmaniyyah sebagai negara Islam dan meruntuhkan sistem Khilafah (dalam bahasa Inggeris : Caliphate). Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniup semangat patriotisme dan nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Turki-Uthmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan negara Islam. Negara Turki-Uthmaniyyah yang besar itu kemudian dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negera-negara kecil lain dan Barat memerintah ke atas negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah ’(divide and rule). Setelah kesatuan umat Islam sudah melemah, target seterusnya ialah Turki dan Institusi Khilafah. Selepas Perang Dunia Pertama, 1921, di mana Turki telah kalah, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki iaitu pusat pemerintahan Dunia Islam demi memusnahkan seluruhnya kerajaan Islam. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinanan General Harrington mengawal keadaan politik di Istanbul.
Mustapa Kamal Attartuk dan Gerakan Turki Muda dengan bantuan British telah mengadakan beberapa siri pemberontakan untuk memerdekakan Turki daripada Kerajaan Islam. General Harrington bekerjasama dengan Mustapa Kamal untuk menggulingkan Khalifah. Pada November 1922, Perhimpunan Kebangsaan atau National Assembly (seperti Majlis Syura’) di bawah pengaruh Mustapa Kamal pada mulanya cuba mengorak langkah untuk meruntuhkan Khilafah Islam. Mustapa Kamal memberi cadangan supaya memisahkan Sultan/Khalifah daripada Khilafah, dan kemudian memecat Khalifah. Perhimpunan Kebangsaan(PK) tidak memutuskan sendiri tetapi merujuk cadangan tersebut kepada sebuah suruhanjaya yang terdiri daripada para peguam dan ulama’. Setelah suruhanjaya berbincang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka mendapati Khilafah tidak boleh diruntuhkan kerana ia merupakan pusat kehidupan umat Islam. Maka, suruhanjaya itu tidak setuju dengan cadangan Kamal dan menolaknya. Ketika itu, Kamal yang turut hadir pada perbincangan antara suruhanjaya dan Perhimpunan Kebangsaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus berdiri di atas kerusi seraya berkata ”…. Sultan mesti dipisahkan daripada Khilafah dan dipecat. Ini pasti akan berlaku pada kamu sama ada kamu suka atau tidak atau kepala-kepala kamu akan dipenggal!”.Kenyataan ini menakutkan ahli-ahli Perhimpunan Kebangsaan, ditambah lagi semua pengawal-pengawal yang mengiringi Kamal membawa senjata. Akhirnya PK perlu membuat keputusan melalui pengundian, tetapi Kamal telah menggunakan taktik kotor dan memutuskan bahawa PK telah bersetuju untuk memecat Khalifah, membubarkan sistem Khilafah, menjadikan Turki negara Republik dan dia sebagai Presidennya; walaupun hakikatnya majoriti tidak bersetuju. Ahli-ahli PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi Kamal tidak mempedulikannya. British telah membekalkan senjata kepada pengikut-pengikut Mustapa Kamal untuk menentang sesiapa yang masih setia kepada Khilafah. Semua ahli politik dan ulama’ diberi amaran untuk dibunuh jika cuba menyokong Khilafah.
Pada pagi 3 Mac 1924, Perhimpunan Agung Kebangsaan telah mengumumkan pembubaran Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal Attartuk telah memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majed hendaklah meninggalkan Turki sebelum subuh. Kamal bersama polis dan tentera berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan membawanya ke Switzerland. Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah tercapai. Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki. Pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki. Lord Curzon, Perdana Menteri British pada masa itu berkata, ”…Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi kerana kita telah musnahkan kekuatan spiritualnya: Khilafah dan Islam.” Begitulah secara ringkasnya bagaimana Khilafah Islam Turki-Uthmaniyyah diruntuhkan.
Wahai kaum muslimin!
Islam pasti akan bangkit… "Dipetik Dari Hilmi's Blog"
ثُمَّ تَكُونُ خِلافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»
………… Kemudian akan (muncul) masanya ke-Khilafahan (yang bersandar pada manhaj Nabi.(riwayat Ahmad
Mustafa Kamal Attartuk
Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. . Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel…… Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Belaiu telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebagsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamlkan pemerintahan kuku besi,tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan dikawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalanraya, memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menibulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi belaiu tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal di anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”
Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan belaiu telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.
Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.
Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundarkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”. Syeikhul Islam, Mustafa sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dang mengulingkan baginda.
Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami.”
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung.
Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.
Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Belai membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidentnya sehinggalah belaiu meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).
Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama latifah hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki,Bercy Lorren ke kediamnya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.
Mustafa Kamal dikebumikan dalam keranda timah setelah disembahyangkan di istana presiden yang dihadiri oleh beberapa orang pemimin kanannya yang saling bercanggah pendapat sama ada patut atau tidak belaiu disembahyangkan. Jenazahnya kemudian di bawa ke Ankara dalam upacara rasmi. Jawatan presiden kemudianya disandang oleh rakan Ataturk, Esmat Enunu pada tahun 1357H (1937M).
"Dipetik dari Hilmi's Blog"
"Dipetik dari Hilmi's Blog"
Gaya Hidup Moden Remaja Islam (STMJ)
Posted by
Badiu'zzaman Said Nursi
Labels:
Isu Remaja
/
Comments: (0)
Definisi
Saya akan mendefinisikannya per 2 kata terlebih dahulu.
- Solat Terus, maksudnya adalah si pelaku S T M J ini melakukan solat terus secara teratur dan dikerjakan 5 waktu, dengan kata lain si pelaku S T M J ini rajin solat
- Maksiat Jalan, maksudnya adalah si pelaku S T M J ini melakukan perbuatan maksiat secara teratur dan terus berjalan
Sekarang saya akan mendefinisikannya secara utuh tapi singkat
Solat Terus, Maksiat Jalan, maksudnya adalah si pelaku S T M J ini rajin solat, tetapi tetap menjalankan perbuatan maksiat secara konsisten.
Fakta di lapangan
Yah fakta di lapangan menunjukkan bahwa banyak remaja Islam di masa moden ini telah menjadi pelaku S T M J.
Secara jujur saya juga mengakui bahwa dulu saya adalah pelaku S T M J juga, tapi Alhamdulillah sekarang saya sudah meninggalkannya dan bertaubat. 
Saya tidak akan mengambil contoh jauh-jauh, saya mengambil contoh teman-teman sekolah saya.
Ya saya banyak melihat pelaku S T M J ini yang berkeliaran di sekolah saya.
Sebut saja si A dan si B, mereka adalah sepasang kekasih. Saya pernah melihat mereka berada dalam bilik warnet berduaan. Kemudian di lain hari di sekolah saat solat zohor di Masjid sekolah, saya melihat si A solat dengan khusyuknya dan setelah dia selesai solat dia lalu berdoa dengan khusyuknya juga. Begitu juga dengan si B, setahu saya dia dari keluarga baik-baik dan solatnya pun rajin. Nah di lain hari lagi, saya melihat mereka berduaan di bilik warnet lagi dan tiap hari mereka mojok berduaan di sekolah! Masya Allah!
Dan masih ada banyak contoh lainnya, si C, si D, si E, dll. Mereka itu anak-anak yang rajin solat tapi saya sering melihat mereka mojok dengan mesranya, sambil pegangan tangan, rangkulan. Bahkan menurut cerita dari sumbernya langsung, beberapa dari mereka kalau di tempat sepi berciuman dan saling raba! Dan mereka itu tetap rajin dalam mengerjakan solat.
Kasus lain, yaitu banyak diantara teman-teman saya yang rajin solat, bahkan rajin ke Masjid tapi rajin nonton bokep juga!
Lalu kasus terakhir, ada teman saya yang rajin solat juga, rumahnya di belakang Masjid jadi otomatis dia rajin ke Masjid, tapi hobinya nyolong!
Kenapa bisa terjadi?
Yah, kenapa ini bisa terjadi? Padahal kan dalam Al Quran surat Al ‘Ankabuut ayat 45 Allah berfirman:
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Saya pernah menanyakan hal ini pada seorang kyai saat pengajian di sekolah, dan jawaban beliau adalah: “orang yang mengerjakan solat tetapi solatnya belum dapat mencegahnya dari perbuatan maksiat bererti solatnya itu belum benar dan hendaklah dia memperbaiki solatnya, karena kalau solatnya sudah benar dan dia sudah benar-benar memahami makna solat maka Insya Allah dia akan berhenti dari melakukan perbuatan maksiat.”
Jadi?
Perilaku S T M J yang menimpa remaja muslim ini harus segera dihentikan, yaitu dengan jalan memperbaiki kualiti solat kita masing-masing.
Apabila perilaku S T M J ini tumbuh subur di kalangan remaja Islam, tentunya ini sangat berbahaya dan dapat mengakibatkan kehancuran Islam.
Sebagai penutup, semoga Allah selalu memberikan petunjuk kepada kita semua, Amin.
[ Dipetik dan diubahsuai daripada sebuah blog indon kepunyaan maxbreaker(nama pemilik)]
Kita Makhluk Mulia
Kalau ada orang bertanya kepada anda dari manakah asal usul anda, apakah yang biasa anda jawab? "Saya asal orang Machang, tapi sekarang duduk di Kuala Terengganu." "Mak ayah saya orang Melayu."
Itulah jawapan yang biasanya dilafazkan. Asal-usul keturunan. Tapi bukan itu jawapan yang kita mahu kali ini. Persoalan yang kita mahu kupas sekarang ini. Tetapi kita ingin merasakan kehidupan itu sebenarnya satu anugerah yang sangat agung daripada Allah dengan merenung semula penciptaan kita, daripada apa kita diciptakan dan siapakah pencipta kita?
Secara ringkasnya, kita hendak mengetahui dari mana kita datang. Mari kita bersama-sama menghayati firman-firman Allah s.w.t yang menceritakan kejadian kita:
"Dan sesungguhnya, Kami mencipta manusia itu daripada saripati yang berasal daripada tanah." (Al-Mukminun:12)
"Kemudian Kami menjadikannya daripada nutfah (air mani) yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim)." (Al-Mukminun:13)
"Kemudian air mani itu Kami jadikannya sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikannya segumpal darh, dan daripada segumpal darah itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging, kemudian Kami menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta." (Al-Mukminun:14)"
Subhanallah, memang benarlah Allah itu sebaik-baik Pencipta. Lihatlah kita sekarang,boleh berjalan, bercakap, berfikir, melihat, melakukan pelbagai perkara dan mempunyai perasaan. Allah menjadikan kita hanyalah dari setitik air mani yang bergabung dengan ovum kepada manusia seperti yang wujud sejak zaman dahulu hingga hari ini. AJAIB BUKAN? Siapakah yang dapat melakukan sedemikian selain Allah, Pencipta Yang Maha Agung!
Terjawablah persoalan kita tadi iaitu dari mana kita datang. Jawabannya hanya satu,KITA DATANG DARIPADA ALLAH. Malah kita datang tidak kosong sahaja. Allah tidak menciptakan kita dengan sambil lewa. Tersusun, teratur dan berperingkat.
Kenyataannya kita datang daripada Allah. Nak tahu tak? Kampung sebenar kita adalah syurga yang sangat indah kerana Nabi Adam yakni bapa kita yang pertama datang dari syurga seterusnya turun ke Bumi.
"Dan (ingatlah) ketika kami berkata kepada para malaikat,sujudlah kamu kepada Adam,mereka semua bersujud, kecuali iblis yang membantah." (Taha:116)
Itu tanda mulia dan istimewanya kita.
Marilah kita menggerakkan akal dan duduk berfikir sebentar,apakah matlamat kita didatangkan dengan kedatangan yang penuh istimewa ini. Adakah kedatangan kita hanya untuk BERMAIN-MAIN sahaja?
Gerakan Sulit Yahudi-Illuminaty
Posted by
Badiu'zzaman Said Nursi
on Thursday, July 8, 2010
Labels:
Isu Semasa
/
Comments: (0)
Pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu perkongsian yang saya rasa semua umat Islam perlu tahu akan kewujudan pertubuhan yang dikatakan sulit dan berbahaya kepada agama dan juga pada dunia.
Pembentukan dan Sejarah Pergerakan Illumanity.
Pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adama Weishaupt (mati pada 1830) pada tahun 1776. Beliau merupakan salah seorang anggota Freemasonry yang telah murtad dari agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini. Sebelum ini, pada tahun 1770, beliau telah didatangi oleh tokoh -tokoh yahudi Jerman untuk menarik beliau ke sarang Freemasonry. Beliau juga merupakan professor Theology di University Angold Stadt, Jerman telah menganut agama fahaman Atheisme.
Perkataan Illmanity telah dinisbahkan kepada salah seorang daripada kumpulan (mazhab) yahudi iaitu kumpulan Illumanity yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama') Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula Illumanity bermaksu Al-Nuraniyin. Mereka menamakan Illumanity sempena nama iblis yang merupakan pemerintah tunggal alam ini.
Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal Laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD 1.00. Lambang yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit Amerika deilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari gerakan Illumanity yang bernama Pat Robertson.
Tafsiran Pada Lambang USD 1.00
1. Tarikh yang terdapat pada tapak piramid tersebut menunjukkan tarikh penubuhan Pertubuhan Illumanity secara rasmi oleh Adam Weishaupt.
2. Piramid tersebut menunjukkan piramid yang terdapat di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal dan juga pusat pemerintahan Iblis. Menurut sumber lain, piramid itu juga merujuk kepada piramid yang ada di Giza yang merupakan lambang ilmu sihir zaman purba. Lambang sihir ini dapat diperhatikan pada simbol alam sihir.
3. Air yang mengelilingi piramid tersebut ialah air laut yang terdapat di sekitar Segitiga Bermuda.
4. Sebiji mata yang terdapat di puncak piramid tersebut menunjukkan mata Dajjal yang sedang memerhati seluruh alam ini. Sumber lain ada menyebut bahawa mata itu mata tuhan Lucifer (Iblis) yang mengawal alam semesta ini.
5. Manakala cogankata yang terdapat pada bulatan itu melambangkan syiar yang dipegang oleh pertubuhan Illumanity dan sebagai kewujudan Dajjal.
6. Pada tapak piramid terdapat tulisan MDCCLXX1 menunjukkan tarikh pertubuhan ini dibina dan hakikatnya ialah tarikh itu bukannya tarikh sebenar Amerika Syarikat merdeka.
7. Perkataan pada tapak piramid iaitu NOVUS ORDO SECLORUM bermaksud "New World Order" ataupun Order Baru Sekular.
8. Manakala tulisan "ANNUT COEPTIS" pula bermaksud "Perjuangan Pakatan Sulit Kita untuk Order baru Sekular".

Cermin Diri
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia diangap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maryah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah untuk tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tapi sulit untuk dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak tenang jika ada orang yang lebih darinya di suatu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tiada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah bermujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita menginagti dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hak-Nya pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Judi: Menang Sorak Iman Tergadai
Posted by
Badiu'zzaman Said Nursi
on Wednesday, July 7, 2010
Labels:
Isu Semasa
/
Comments: (0)
Judi biasanya dikaitkan dengan satu permainan yang melibatkan wang sebagai taruhan. Akibat judi, ramai yang hidup derita. Mereka yang kalah terpaksa hidup berhutang mahupun terbuang. Bagi yang menang, keseronokan duniawi akhirnya 'melemahkan' diri kerana mengambil jalan mudah untuk mendapatkan kesenangan hidup.
Judi bukan setakat mencuba nasib dengan membaling buah dadu atau bermain terup, malah permainan sabung ayam, nombor ekor dan judi bola turut menjadi kegilaan ramai. Apabila fikiran pemain lebih fokus kepada judi semata-mata, maka sikap rasionalnya pada persekitaran akan turut berubah. Mereka dianggap 'berani tidak kena tempat' kerana mempertaruhkan untung nasibnya sendiri tanpa merujuk kepada Tuhan yang Maha Berkuasa. Menang sorak untuk diri sendiri tetapi iman tergadai kerana lupa diri. Apakah erti kekayaan jika hati belum tentu bahagia di dunia dan akhirat?
Ikuti kupasannya dalam tabloid iLuvislam edisi ke-18!
Selain ulasan berkenaan judi, pelbagai bahan menarik disajikan dalam keluaran kali ini.
Antaranya termasuklah:
Pelaburan RM 2 anda pasti berbaloi-baloi!

- Kisah wira negara yang memanjat Gunung Everest : Qobin @ Muqarrabin
- Ke mana akhirnya derma ikhlas anda?
- Kembara iman ke Sweden
- Kegawatan gula : Baik dan buruknya?
Pelaburan RM 2 anda pasti berbaloi-baloi!
Masalah Sosial Remaja
Posted by
Badiu'zzaman Said Nursi
on Tuesday, July 6, 2010
Labels:
Isu Remaja
/
Comments: (0)
PERSOALAN mengenai remaja banyak dibincangkan. Antara perbicaraan hangat isu remaja adalah berkisar masalah keruntuhan akhlak dan moral, lepak, bohsia, bohjan, vandalisme, dadah, jenayah dan pelbagai isu negatif lain kerap mendapat tempat dalam masyarakat. Saya agak kecewa melihat masalah-masalah remaja yang seolah-olah sudah tidak terkawal. Saya berpandangan anda semua juga kecewa bila menonton di kaca TV, mendengar di radio dan membaca di akhbar berkaitan isu-isu masalah remaja.
Apakah masalah sebenar yang melanda mereka?
Bagaimana mereka boleh terjebak dalam kancah yang negatif ini?
Bersama kita renungkan sejenak punca-punca masalah remaja kini.
Apakah masalah sebenar yang melanda mereka?
Bagaimana mereka boleh terjebak dalam kancah yang negatif ini?
Bersama kita renungkan sejenak punca-punca masalah remaja kini.
1) Kepincangan didikan agama dan keruntuhan didikan moral.
Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama. Setiap saat kita terpaksa mengakui bahawa anasir yang melalaikan begitu banyak di sekeliling remaja. Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik yang melalaikan serta sosio seksual di luar kawalan adalah antara anasir yang dimaksudkan. Lebih malang, apabila remaja terpaksa berhadapan dengan kongkongan konservatif yang menghalang serta menegah mereka secara mutlak untuk terbabit dalam anasir tadi tanpa memahamkannya.
2) Runtuhnya institusi keluarga
Jika ditanya kebanyakan para remaja yang terlibat, kebanyakannya terdiri dari latarbelakang keluarga yang hancur. Ibu bapa sering berkonflik atau mungkin bercerai berai. Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai ‘role model’ dan qudwah hasanah (teladan) juga semakin menyeret remaja jauh daripada kebenaran dan kesedaran. Jika remaja diminta menutup aurat, tetapi ibu bapa tidak berbuat demikian dan memandang ringan perkara ini, maka budaya menutup aurat di kalangan remaja tidak mungkin dapat dilaksanakan secara keseluruhan. Jika remaja dilarang merokok, tetapi pada masa sama keluarga masih mengamalkan perbuatan itu, tidak mungkin wujud masyarakat remaja yang bebas rokok. Kepemimpinan melalui teladan iaitu teladan daripada keluarga dan masyarakat adalah antara cara untuk menyelamatkan anak daripada terjebak ke dalam masalah sosial.

3) Pengaruh rakan sebaya
Tidak dapat dinafikan rakan sebayalah yang mempunyai pengaruh yang lebih hebat berbanding pengaruh ahli keluarga bagi kebanyakan remaja yang terlibat dalam kancah yang negatif ini.4) Media Massa
Iaitu pengaruh media massa. Faktor ini adalah antara faktor terkuat remaja itu terdorong untuk melakukan permasalahan sosial yang melampau. Media perlu memaparkan nilai sejagat sebagai ilmu dan contoh untuk remaja. Kepentingan komersil perlu diketepikan kerana agenda pembinaan jati diri remaja yang sejati lebih utama untuk ditonjolkan. Iklan mencolok mata dan merangsang kepada keruntuhan akhlak perlu diketepikan.
5) ‘Spirit of belonging’ yang terseleweng
Tidak dinafikan ini merupakan sifat yang bagus jika disalurkan ditempat yang betul. Menyertai persatuan atau kelab seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persekutuan Pengakap Malaysia, dan yang berkaitan adalah contoh terbaik. Tetapi apabila semangat yang baik ini disalurkan kepada kelompok yang negatif, maka tidak hairan hasilnya negatif dan kerana itulah kita lihat kebiasaan remaja yang bermasalah ini mempunyai ‘click’ dan ‘geng-geng’ dari kelompok mereka sendiri.
6) Trauma
Pengalaman hitam yang pernah melanda kehidupan remaja bermasalah menjadikan mereka terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral. Misalnya latar belakang kehidupan mereka yang mungkin sering mengalami mimpi ngeri seperti penderaan secara fizikal dan mental misalnya. Mungkin mereka pernah menerima gangguan seks sebagai contoh. Ini juga merupakan titik punca mereka mula memberontak dan mula terjebak dengan kancah sosial yang negatif.
Andaikan…..
Andainya penjagaan dan pendidikan remaja dapat dilihat sebagai sebatang pokok, maka pendidikan agama adalah akar tunjangkepada kekuatan remaja. Sementara institusi kekeluargaan mantap dan mampu memainkan peranan sewajarnya akan menjadi batang kukuh dalam membangunkan jati diri remaja. Sekolah dan rakan sebaya berfungsi sebagai dahan yang akan menjadi pelindung kepada pembentukan jati diri remaja. Sekolah patut memainkan peranan sebagai pusat sumber ilmu, tempat memupuk kemahiran dan institusi yang mengamalkan interaksi sosial terkawal. Rakan sebaya sempurna perlu dirapati dengan membentuk identiti kumpulan rakan sebaya yang ceria, berfikiran matang dan bertindak mengikut norma dibenarkan. Masyarakat dan media massa pula berperanan menjadi daun rimbun yang melindungi dan memayungi pohon jati diri remaja. Media perlu memaparkan nilai sejagat sebagai ilmu dan contoh untuk remaja. Kepentingan komersil perlu diketepikan kerana agenda pembinaan jati diri remaja yang sejati lebih utama untuk ditonjolkan. Iklan mencolok mata dan merangsang kepada keruntuhan akhlak perlu diketepikan. Begitu juga masyarakat, terutama yang lebih dewasa perlu lebih bertanggungjawab untuk melihat kecemerlangan remaja pada masa depan.
Anda Akan Didakwah.
Posted by
Badiu'zzaman Said Nursi
on Monday, July 5, 2010
Labels:
Wahai Para Daie' Sekalian
/
Comments: (0)
“Jom pergi dengar ceramah”, ajak seorang rakan kepada rakannya yang lain.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.(Hadis Riwayat Muslim)
“Kau pun banyak buat dosa, nak dakwah orang pulak!”
“Kau nasihatkan orang, tapi buat jugak!”
“Kita bukan ulama, mana boleh cakap hal-hal agama ni!”
Walaupun kita tidak mahu berubah, tetapi sekurang-kurangnya tetapkan di dalam hati yang kita mahu ditarbiyah dan mahukan agama kerana ianya pintu hidayah kepada kita. Seperti Saidina Umar r.a yang memerangi Islam dan Nabi SAW. Akhirnya beliau memeluk Islam kerana hatinya terbuka mahukan agama.
“Tak nak lah..Setakat dengar ceramah je nak buat apa. Nak sembahyang? Sembahyang kat rumah pun boleh kan?” jawab rakannya tadi.
Sedih. Sedih mendengarkan alasan itu. Itulah hebatnya Allah SWT, hanya Dia-lah sahaja yang mampu untuk menggerakkan hati manusia seperti saya dan anda untuk menuju redha-Nya. Namun, hidayah daripada Allah SWT bukannya alasan untuk tidak mencari keimanan kepada-Nya.
“Jom kita puasa”, kata seseorang kepada rakan karibnya. “Hehe.. Hidayah Allah tak sampai lagilah. Tak sampai seru, dah sampai nanti aku puasa la. Jangan risau, nanti aku puasa tiap-tiap hari..huhu“, jawab rakannya dengan selambernya.
Apakah perasaan anda jika mendengar kata-kata seperti itu? Mungkin kemarahan akan menjelma ketika itu bukan? Sabarlah dan terus bersabar. Seorang da’ie tidak mengenal erti putus asa. Bukan kejayaan yang Allah lihat, tetapi kesungguhan yang tidak mengenal erti putus asa itulah yang menjadi perhatian Allah SWT. Lagi dan lagi berusaha berdakwah.
TAKUT DIDAKWAH? “Panas.. Panas!! Aku tak boleh dengar lagu-lagu nasyid ni. Aku jadi terbakar nanti!”, kata seorang teman kepada saya suatu ketika dahulu.
Terbakarkah apabila mendengar ayat-ayat Allah? Hanya syaitan sahaja yang lari bertempiaran apabila mendengar ayat-ayat Allah SWT. Mengapa apabila mendengar frekuensi yang ‘lebih hangat daripada biasa’ tidak terbakar pula? Kita sengaja meletakkan Allah itu jauh dari diri kita, kerana itulah kita sukar mendapatkan-Nya.
Kebiasaannya, dakwah adalah satu perkataan yang sangat ditakuti. Kebanyakan orang akan mentafsirkannya atau menyamakannya dengan gerakan pencegah maksiat. Pernah suatu ketika saya ke pusat bowling dengan memakai kopiah, ramai yang menjauhkan diri kerana takut melihat saya dan takut saya ber’ceramah’ kepada mereka, walhal saya mahu bermain bowling sahaja. Waduh..
Sabda Nabi Muhammad SAW adalah benar iaitu di akhir zaman, sesiapa yang membawa Islam akan diherdik dan dikatakan pelik.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.
Benar. Islam sudah dikira dagang (pelik dan asing). Orang bersolat dikatakan jumud. Orang menutup aurat dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikut fesyen semasa. Itulah yang berlaku sekarang, beruntunglah orang-orang yang ‘pelik’ itu.
LAYAKKAH KITA BERDAKWAH? “Kau pun banyak buat dosa, nak dakwah orang pulak!”
“Kau nasihatkan orang, tapi buat jugak!”
“Kita bukan ulama, mana boleh cakap hal-hal agama ni!”
Kata-kata yang biasa kita dengar dan mungkin juga kita yang menyebutnya. Benar. Kita bukanlah seorang alim atau ulama yang mempunyai ilmu yang menggunung dalam bidang agama, kita insan yang dahagakan ilmu agama sebenarnya. Tetapi agama itu nasihat, semua yang kita tuturkan (yang baik) adalah dakwah. Janganlah menyebut soal hukum yang berat-berat, kerana bukan di bawah bidang kuasa kita, hanya sekadar ilmu yang kita tahu dan sebutlah berkenaan akhlak, adab dan hal-hal lain yang simple-simple sahaja (mengikut tahap ilmu).
Bukankah Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa sesiapa yang mengucapkan syahadah, maka dia adalah seorang pendakwah? Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan agama walaupun sepotong ayat. Dakwah orang biasa jangan disamakan dengan pendakwah bertauliah, jika disamakan, maka ramailah yang tidak mahu berdakwah nanti.
Dakwah yang paling mudah ialah menunjukkan akhlak yang baik. Insya-Allah semua mampu melakukannya. Tiada alasan untuk tidak berdakwah dan janganlah menyempitkan makna dakwah itu sendiri. Saya dan anda adalah pendakwah dan orang yang didakwah kerana ianya proses mengenal TUHAN. Nabi Musa a.s yang mempunyai kelebihan untuk bercakap terus dengan Allah SWT pun ditarbiyah oleh Allah SWT. Ini menunjukkan manusia ini perlu sentiasa didakwah, ditarbiyah dan ditazkirah.
“Allah berfirman “Aku sepertimana sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Dan Aku akan bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku di dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari”
(Hadis Qudsi Riwayat Bukhari)Walaupun kita tidak mahu berubah, tetapi sekurang-kurangnya tetapkan di dalam hati yang kita mahu ditarbiyah dan mahukan agama kerana ianya pintu hidayah kepada kita. Seperti Saidina Umar r.a yang memerangi Islam dan Nabi SAW. Akhirnya beliau memeluk Islam kerana hatinya terbuka mahukan agama.
Kehidupan Terakhir
Insaflah wahai saudaraku..... Sedarlah bahawa kita ini telah dijadikan oleh Allah S.W.T dengan sebaik-baik kejadian.... Adakah kamu ingin mencemarkan pengiktirafan yang telah diberikan oleh Sang Pencipta dengan maksiat yang kamu lakukan dengan tangan kamu sendiri? Berubahlah demi Islam....
Insya-Allah.....
No Compromise With Islam!!
Insya-Allah.....
No Compromise With Islam!!
Wahai Para Daie'
Posted by
Badiu'zzaman Said Nursi
on Saturday, July 3, 2010
Labels:
Wahai Para Daie' Sekalian
/
Comments: (0)
KAMU... Mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu al-quran dan hadith. Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
- Al-Baqarah, 42 -
Wahai para dai'e,
Dengarlah rintihan dan permintaan daripada kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan daripada kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
-Ali-Imran, 104 -
Wahai para dai'e,
Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.
"Zuhud-lah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhud-lah terhadap apa yang ada di tangan manusia maka manusia pun akan mencintaimu."
- H.R Ibnu Majah dan lain-lain dengan sanad hassan -
Wahai para dai'e,
Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami, bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.
Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat, seperti mana Rasulullah saw apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab
"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal"
- H.R Malik, al-Syafi'e -
Wahai para dai'e,
Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
- Al-Baqarah, 44 -
- Al-Baqarah, 44 -
Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya".
- Ad-Dhuha,11 -
- Ad-Dhuha,11 -
Lupakanlah Jurang Politik! Marilah Kita Bersatu! Insya-Allah! Kemenangan Pasti Milik Islam...
Keruntuhan Akhlak Muda Mudi
Posted by
Badiu'zzaman Said Nursi
Labels:
Isu Remaja
/
Comments: (0)
Muslimin sekalian,
Marilah kita melihat satu masalah besar yang berlaku di dalam masyarakat pada hari ini iaitu masalah keruntuhan akhlak muda mudi. Daripada gejala tersebut , dua yang paling menonjol dan paling terserlah di kampung-kampung dan di bandar-bandar ialah gejala membuka aurat di kalangan remaja terutamanya perempuan dan pergaulan bebas tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah.
Di dalam Islam, telah digariskan cara berpakaian yang di benarkan oleh agama kepada lelaki dan perempuan. Aurat bagi lelaki ialah di antara pusat dan lutut, manakala aurat perempuan ialah seluruh anggotanya kecuali muka dan kedua tangan hingga pergelangan tangan.
Fiman ALlah Ta’ala yang maksudnya: Dan janganlah perempuan –perempuan itu menunjukkan perhiasan kecuali yang zahir daripadanya. Surah An-Nur:31.
Menurut pendapat para ulama’, yang zahir tersebut ialah muka dan tangan sehingga pergelangan tangan. Yang lain daripada itu wajib ditutup ketika di hadapan lelaki yang harus di kahwini. Di sana ada lagi syarat-syarat berpakaian bagi perempuan selain daripada menutup aurat, iaitu pakaian mestilah tebal sehingga tidak menampakkan warna kulit, dan janganlah terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan yang membangkitkan nafsu sesiapa yang memandang.
Muslimin sekalian !
Nampaknya pada hari ini umat Islam terutamanya terutamanya golongan pemudi dan wanita tidak mengambil berat berkenaan dengan pakaian. Mereka memakai apa sahaja pakaian walaupun tidak sepenuhnya manutup aurat asalkan sesuai dengan nafsu dan selari dengan bisikan iblis dan syaitan.
Pakaian tersebut pula berjaya menarik pandangan lelaki yang rosak akhlak dan bekelakuan liar. Ketika berpakaian, mereka tidak bertanya, adakah pakaian yang dipakai itu mangikut syari’at ALlah Ta’ala atau tidak? Tetapi yang di tanya ialah, adakah pakaian itu berjaya menarik pandangan kaum lelaki atau tidak?.
Pada masa itu mereka menjadi hamba kepada nafsu dengan menurut segala bisikan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang menyesatkan. Firman ALlah Ta’ala yang bermaksud:
Adakah engkau malihat, ada orang yang menjadi nafsunya sebagai tuhannya. Surah Al-Jasiah: 23.
Pemudi-pemudi Islam pada hari ini gemar berpakaian mengikut cara berpakaian perempuan-perempuan barat yang sesat lagi menyesatkan. Mereka gemar memakai baju berlengan pendek atau baju t-shirt dan seluar jeans syaitan yang ketat sehingga menampakkan bentuk badan yang mengiurkan. Cuma bezanya dengan perempuan-perempuan barat ialah pemudi-pemudi Islam hari ini masih menutup kepala mereka dengan sehelai kain walaupun hujung rambut masih kelihatan.
Adakah hanya dengan memakai tudung kepala, membolehkan mereka memakai baju lengan pendek yang menampakkan siku, lengan dan kadang-kadang menampakkan ketiak? Adakah dengan memakai tudung kepala, membolehkan mereka memakai seluar jean syaitan yang ketat yang menzahirkan punggung dan lutut? Menutup sebahagian daripada aurat dan membuka sebahagian yang lain ertinya beramal dengan sebahagian daripada ajaran Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain.
ALlah Ta’ala telah mengancam orang-orang yang meninggalkan sebahagian daripada ajaran Islamdi dalam firman-Nya yang bermaksud: Adakah kamu beriman dengan sebahagian daripada kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain? Tidak ada balasan bagi sesiapa yang melakukan demikian melainkan akan ditimpa kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari akhirat akan di kembalikan kedalam azab yang paling pedih. Surah Al-Baqarah: 85.
Muslimin sekalian,
Muda mudi Islam pada hari ini juga terlibat dengan pergaulan bebas tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah. Mereka berpasang-pasang kehulu kehilir dengan bebas, tidak ada sekatan oleh ibu bapa dan masyarakat.
Kalau sudah bertunang pula memberi alasan untuk menyesuaikan diri dengan pasangan masing-masing agar perkahwinan yang akan di langsungkan nanti lebih bahagia dan lebih wujud persefahaman. Yang berlaku sebaliknya, bukannya persefahaman, tetapi yang lahir ialah anak luar nikah sebelum berlangsung majlis akad nikah.
Bagi yang belum mempunyai pasangan, terutamanya golongan pemudi, mereka menjadikan hari-hari cuti sebagai masa untuk mencari pasangan. Mereka akan ke bandar-bandar, ke pusat-pusat membeli belah, dan ke pusat-pusat hiburan yang di penuhi oleh lelaki-lelaki yang juga mempunyai tujuan yang sama. Pemudi-pemudi tersebut memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau pakaian yang menutup aurat tetapi sangat ketat dan terbuka sana dan terbuka sini.
Sudah menjadi kebiasaan kita melihat seorang anak gadis menunggu kawan lelakinya di tepi jalan dengan membimbit topi keledar untuk ke bandar bersiar-siar. Gejala seperti ini merebak kekampung-kampung hingga kepedalaman. Ibu bapa pula tidak pernah bertanya anak gadisnya, kemana mahu pergi, dan mahu pergi bersama siapa? Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Maka hendaklah seseorang itu malihat dengan siapa dia berkawan.
Ibu bapa tidak menghiraukan dengan siapa anak mereka berkawan, kawan yang baik atau jahat, samaada kawan lelaki atau kawan perempuan.
Kita menyeru kepada pemuda dan pemudi agar meninggalkan tabiat yang sangat buruk ini. Rasulullah s.a.w mengncam pemuda-pemudi yang berpakaian sedemikian untuk menggoda lelaki sehingga terjerumus kedalam maksiat dengan sabdanya yang bermaksud:
Dua golongan yang belum aku melihatnya di dalam hidupku. Satu kaum (yang zalim) yang mempunyai cemeti-cemeti seperti ekor lembu. Mereka menggunakannya untuk memukul- melakukan kezaliman terhadap manusia. (golongan kedua) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang (kerana nipis dan ketat) yang berjalan melenggang-lengguk,- untuk menggoda-. Rambut mereka disanggul seperti gah-gah unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sesungguhnya bau syurga dapat dicium daripada jarak perjalanan yang jauh.
Muslimin sekalian,
Pemuda dan pemudi di nasihatkan meninggalkan kerja yang tidak berguna seperti ini. Janganlah kita membazir usaha hidup kita dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah kepada diri sendiri dan masyarakat. Sedangkan setiap orang daripada kita akan di soal oleh ALlah Ta’ala berkenaan masa muda masing-masing. Sepatutnya masa mudalah masa untuk melakukan segala bentuk kebaikan, samaada untuk diri sendiri atau untuk ibu bapa dan masyarakat.
Ibu bapa pula hendaklah menasihatkan anak-anak muda mereka samaada lelaki ataupun perempuan supaya menghindarkan diri daripada gejala yang merosakkan ini, bermula daripada kecil lagi dengan memberikan mereka pendidikan agama yang secukupnya. Pendidikan agama yang cukup akan menjadi benteng yang paling kuat untuk menangkis segala bentuk kerosakan akhlak di dalam masyarakat.
Kepada anak-anak perempuan, mestilah di beri perhatian secara lebih lagi. Ibu bapa wajib memastikan mereka menutup aurat dengan sempurna apabila keluar daripada rumah, dan jangan membiarkan mereka mempermudahkan kewajiban tersebut. Yang paling di bimbangkan apabila mereka terjebak dengan pergaulan bebas sehingga terjebak ke dalam jenayah penzinaan.
Firman ALlah Ta’ala yang bermaksud: Penzina perempuan dan penzina lelaki, hendaklah kamu sebat mereka dengan seratu kali sebatan. Surah An-Nur: 2.
ALlah Ta’ala mendahulukan sebutan penzina perempuan di dalam ayat di atas untuk menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada zina berpunca daripada perempuan, kerana percakapan mereka yang di merdukan sehingga menggugurkan hati kaum lelaki, pakian mereka yang mendedahkan aurat dan perjalanan mereka yang melenggang lengguk. Apabila perempuan sudah tidak lagi suci, maka jadilah seperti bunga yang sudah layu, tidak mahu di dekati kumbang lagi.
Pada masa itu, apabila sudah lanjut umur, jangan menyalahkan orang lain, salahkan diri sendiri. Ibu bapa pula jangan menyalahkan orang lain. Salahkan diri sendiri kerana gagal mendidik anak-anak dan tidak bersifat tegas terhadap mereka apabila mula berjinak dengan gejala sosial.
Marilah kita kembali kepada Islam kerana Islam sahajalah jalan penyelesaian. Marilah kita berakhlak dengan akhlak Islam, marilah kita membentuk keluarga mengikut acuan Islam, marilah kita mendidik anak-anak kita dengan didikan Islam, marilah kita berjuang kearah pembentukan masyarakat dan negara Islam yang mendaulatkan syriat Islam. Dengan Islam sahajalah kita akan selamat di dunia mahupun di akhirat.
Firman ALlah yang bermaksud:
Dan sesiapa yang mencari agama (cara hidup) selain daripada Islam, maka tidak akan di terima (oleh ALlah). Dan pada hari akhirat jadilah ia di kalangan orang yang rugi.

Salam Perkenalan
Posted by
Badiu'zzaman Said Nursi
/
Comments: (0)
Ini ialah 'post' yg pertama bagi 'blog' ini. Bantulah ku dalam melakukan perkara yang menjadi tuntutan agama dan tegurlah ku pabilaku melakukan perkara yang salah dari segi syarak. Insya-Allah kita sama-sama tegur-menegur antara satu sama lain. Semoga Allah merahmati usahaku ini dalam melaksanakan kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar ku ini.